Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp)

5 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Februari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp) di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru MyeTapp. Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf PEDi menunjukkan cara untuk mengisi maklumat pemohon serta melengkapkan borang A, yang memerlukan pengisian maklumat untuk kategori harta alih dan harta tak Alih oleh waris yang terlibat. Peserta perlu memastikan maklumat yang diisi tepat dan lengkap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali